betul kah semua perkara ada hikmah disebaliknya? apa pun jawapanya.. Tuhan telah menentukan apa yg telah dan akan terjadi.. oleh itu kena terima dengan hati dan fikiran yg terbuka.. namum, semudah itukah utk kita menerima hakikat, bahawa kita telah terlepas banyak peluang di depan mata.. kadang2 peluang itu terbentang luas.. tp kita pergi ke pada yang lain.. kita akan berharap, bila berpaling ke arah lain.. peluang lebih besar akan datang.. namun bagaimana jika kita tersalah langkah.. kita tersalah ambil peluang.. mungkin kerana terlalu mengikut kata hati atau terpengaruh dengan orang lain.. tanpa menyelidik sedalam2nya apa yg ada pada orang itu..
bila peluang kita terlepas ke orang lain.. apa kita akan rasa.. sedih, stupid or terima dengan hati yang lapang.. perkara yang terlepas jangan dikenang.. bila kaki dah melangkah, teruskan melangkah.. jgn pandang belakang..
it’s not easy right.. apatah lagi dengar berita yg gembira dari mereka yg berpeluang mengambil peluang kita.. apakan daya.. masa tidak boleh diundur kembali.. hanya berharap… peluang yg ader sekarang ini menjanjikan sesuatu yang diidamkan..
walauapa pun.. apa yang telah ditentukan olehNYA bersebab dan sekarang berusahalah untuk mencapai impian yang dikejar..
chaiyok!!!!!!
But well gurl, thats what we called life…
Menyentuh kepada, ’setiap benda ada hikmahnya’..
Cth: Kalau Tuhan meletakkan matahari betul2 dekat dengan bumi, apakah jawapannya? ~terbakarlah bumi dan segala kejadah di bumi ini.
Kita dah tau jawapan, kenapa kita mesti argue(sebab kita hanya insan yang lemah yg sentiasa mencari jawapan kepada persoalan). Setiap perkara Tuhan dah letak setiap pengiraan dan pengukuran kenapa benda itu terjadi. Jadi perlukah kita meragui ciptaan Tuhan? Akal yang perlu menjawap.
Apabila lebih ‘kerja’ atau lebih ‘kesukaran’ atau lebih ’sedih’ kehidupan sesorg, maka lebihlah bakal pahala (insyaAllah jika kita redha) yang bakal kita perolehi. Makanya kita selalu bersedih kenapa orang lain lebih dari kita, kenapa orang lain dapat apa yg mereka nak, tapi tidak kita? Secara fizikalnya kita terpaksa bersedih kerana mereka ‘dapat’ lebih. Tapi secara halusnya, kita juga ‘dapat’ lebih dari segala segi kekuatan dan pahala (insyaAllah). Yang penting lebih sukar hidup kita, lebih tabah diri kita, lebih dekat diri kita kepadanya. Hanya individu yang dapat menentukan kejadian/ketabahan/kekuatan masing2.
Tapi nak kata mcamana. Kita semua sama saja, terima kasih pada ko dan yam yg sentiasa memahami. Semoga aku semampunya memahami korang. I love yu guys.